top of page

Tahfiz Al-Hiffz Bil Fahmi
Program ini sesusai untuk kanak-kanak berusia 6-12 tahun dalam 2 kategori umur iaitu 6-8 tahun dan 9-12 tahun. Ia memperkenalkan sistem hafalan al-Quran beserta kefahaman melalui cerita-cerita dan pengajaran yang terkandung di dalamnya. Teknik dan kaedah hafalan yang digunakan dinamakan kaedah Sistematik Al-Huffaz. Program ini ditawarkan di cawangan Hougang.
Matlamat Program
Dalam tempoh 2 tahun, para peserta dijadualkan tamat menghafal keseluruhan Juz Amma (Juz 30) beserta kefahaman.
Peringkat Umur
-
6-8 tahun
-
9-12 tahun.
Tempoh Pengajian
-
Kelas adalah seminggu sekali selama 2 jam untuk setiap pertemuan.
Yuran
-
Yuran pendaftaran bagi kursus ini adalah sebanyak $20.00 dan dibayar sekali sahaja semasa pendaftaran. Manakala yuran bulanan adalah sebanyak $54.00 sebulan.
-
Yuran tidak termasuk buku dan nota tambahan.
Lihat juga:
bottom of page