top of page
The Quran

Program Quran Dewasa (PQD)

Program ini sesuai untuk peserta dalam lingkungan 18 tahun ke atas. Di samping pengajian al-Quran, program ini juga menawarkan bacaan dan hafalan doa harian serta pengajian tafsir bagi Juz ‘Amma.

Matlamat Program

  • Meningkatkan kemahiran membaca Al-Quran dengan bertajwid

  • Menjadikan Al-Quran sebagai budaya hidup mereka

  • Memahami dan menghafal beberapa doa-doa harian

Peringkat Umur

  • Pelajar berumur 18 tahun ke atas.

Tempoh Pengajian

  • Seminggu sekali

  • 1 jam 30 minit setiap sesi.

Yuran

  • Yuran pendaftaran bagi kursus ini adalah sebanyak $20.00 dan dibayar sekali sahaja semasa pendaftaran. Manakala yuran bulanan adalah sebanyak $37.80 sebulan.

  • Yuran tidak termasuk buku dan nota tambahan.

bottom of page