top of page
Quran

Klinik Al-Quran

Klinik Al-Quran ini memberi peluang untuk belajar membaca Al-Quran dengan mendapat perhatian individu. Temujanji boleh dibuat mengikut hari dan masa yang sesuai untuk peserta. Pengajian juga diadakan sesuai dengan taraf peserta sama ada peringkat asas, pertengahan atau menghalusi bacaan.

Matlamat Program

  • Meningkatkan kemahiran membaca Al-Quran dengan bertajwid

  • Menjadikan Al-Quran sebagai budaya hidup mereka

Peringkat Umur

  • Remaja dan dewasa

Tempoh Pengajian

  • 6 kali pertemuan / sesi

  • 30 minit setiap sesi

  • Masa pengajian mengikut waktu dan hari yang dipilih oleh peserta

  • Peserta sedapat mungkin menepati jadual yang dipilih. Jika penundaan terpaksa dibuat, maka hendaklah dilakukan 2 hari sebelum jadual pengajian supaya tempat tersebut dapat digantikan dengan orang lain. Jika tidak, tempahan mereka akan dianggap sebagai tidak hadir dan tiada penggantian sesi atau pemulangan yuran akan diberikan.

Yuran

  • Yuran pendaftaran sebanyak $20.00 (dibayar sekali sahaja) dan juga $76.50 untuk 6 sesi semasa pendaftaran.

  • Setiap pelajar akan diberikan sekeping kad untuk mereka mencatitkan tarikh dan masa pengajian.

  • Pelajar perlu mencatit tarikh dan masa pengajian mereka ke dalam sebuah fail. Kehadiran mereka dapat diketahui melalui tandatangan guru pada kad kehadiran.

  • Yuran tidak termasuk buku dan nota tambahan.

bottom of page