Pra Diploma Pengajian Islam

Pra-Diploma Pengajian Islam (PPI) adalah pengajian Islam separuh masa bagi peringkat asas yang merangkumi pelbagai disiplin ilmu-ilmu teras Agama. PPI menawarkan sistem pengajian yang menekankan aspek aplikasi dan kefahaman berdasarkan keadaan dan kehidupan semasa.

Matlamat Program

PPI bertujuan membuka ruang kepada mereka yang tidak berkesempatan atau berpeluang untuk mendapatkan pendidikan asas agama secara formal untuk memperkukuhkan pengetahuan mereka dalam bidang tersebut serta melanjutkan pengajian Islam ke peringkat yang lebih tinggi. Dengan ini mereka berpeluang untuk mendalami dan meluaskan pemikiran serta kefahaman Islam sejajar dengan keperluan semasa.

Syarat Kemasukan

  • Program ini dibuka kepada semua yang berusia 17 tahun ke atas.

  • Peserta tidak perlu mempunyai latarbelakang pendidikan agama peringkat tinggi yang formal untuk menyertai program ini.

  • Peserta hanya perlu mempunyai asas latarbelakang pengetahuan agama sekurang-kurangnya tahap darjah 6 madrasah masjid (separuh masa).

  • Bagi mereka yang belum mempunyai asas pengajian Islam disarankan untuk menduduki program Kelas Bimbingan Dewasa - KBD

Musim Pengajian

Program akan diadakan secara bermodul selama 2 tahun. Setiap modul mengambil masa selama 12 minggu. Pembelajaran berlangsung seminggu sekali dalam masa 3 jam.

Semester 1

Penggal 1 : Jan - Mac (13 Minggu)
  • Minggu Pengajian : 12 minggu

  • Modul 1 : 6 minggu

  • Modul 2 : 6 minggu

  • Cuti : 1 minggu

Penggal 2 : Apr -Jun (13 Minggu)
  • Minggu Pengajian : 12 minggu

  • Modul 1 : 6 minggu

  • Modul 2 : 6 minggu

  • Cuti : 1 minggu

Semester 2

Penggal 3 : Jul - Sep (13 Minggu)
  • Minggu Pengajian : 12 minggu

  • Modul 1 : 6 minggu

  • Modul 2 : 6 minggu

  • Cuti : 1 minggu

Penggal 4 : Okt - Dis (13 Minggu)
  • Minggu Pengajian : 12 minggu

  • Modul 1 : 6 minggu

  • Modul 2 : 6 minggu

  • Cuti : 1 minggu

  • Musim pengajian di atas hanya untuk penggal yang tidak bertembung dengan bulan Ramadhan. Pengajian pada bulan Ramadhan akan digantikan dengan Kuliah PPI.

  • Jadual pengajian setiap cawangan juga berbeza. Jadual pengajian untuk setiap cawangan boleh didapatkan di ruangan kalendar.

Silibus Pengajian

  • Tasawwur Islam

  • Tafsir

  • Hadith

  • Aqidah

  • Fiqh

  • Sejarah Tamadun Islam

  • Akhlak

Buku Rujukan

Buku yang akan digunakan bagi program ini ialah Buku Teks Andalus KBM 1 hingga 4 dan beberapa buku yang disarankan sebagai bacaan tambahan untuk peserta. Buku boleh didapatkan di shop.darulandalus.com

Jaluran Kelas PPI

Peserta yang berjaya menamatkan pengajian PPI berpeluang untuk meneruskan pengajian mereka ke pelbagai program separuh masa seperti Diploma Pengajian Islam Cordova DPIC, Diploma Pengajian Islam Andalus DPIA & Diploma Pengajian Al-Quran & Al-Sunnah (DPQS). Untuk maklumat lanjut program Diploma Andalus dan Al-Zuhri sila ke lelaman www.andalus.sg/dpia & www.zuhri.com.sg

Yuran

  • Yuran pendaftaran bagi kursus ini adalah sebanyak $52.00 dan dibayar sekali sahaja semasa pendaftaran. Manakala yuran bulanan adalah sebanyak $83.00 sebulan.

  • Yuran tidak termasuk buku dan nota tambahan.

Langgani kami

 Syarikat Kerabat : 

al-zuhri logo2.jpg
LOGO ANDALUS.png
  • Facebook
  • YouTube
  • Instagram

Hakcipta - © Pusat Pendidikan Cordova Singapore 2020

Cordova Logo.png

Pusat Pendidikan Cordova