top of page
WhatsApp Image 2020-09-01 at 14.05.52_0-

Diploma Pengajian Islam Cordova

Diploma Pengajian Islam Cordova (DPIC) adalah pengajian separuh masa bagi peringkat pos menengah yang merangkumi pelbagai disiplin agama.

​

Di samping pengajian ilmu-ilmu teras agama seperti pengajian al-Qur'an, al-Hadith dan al-Syariah, DPIC juga menawarkan beberapa pengajian yang mempunyai aspek aplikasi dan kefahaman berdasarkan kepada keadaan dan kehidupan semasa seperti Tasawwur Islam, Tamadun Islam, Pendidikan Islam dan Sains Islam.

Matlamat Program

DPI Cordova bertujuan memberi peluang kepada lulusan program Kelas Bimbingan Menengah (KBM 4) di Cordova, Andalus dan lain-lain untuk melanjutkan pengajian Islam ke peringkat yang lebih tinggi. Dengan ini mereka mendapat peluang untuk mendalami meluas pemikiran kefahaman Islam sejajar dengan keperluan cabaran semasa

Syarat Kemasukan

  • Berusia tidak kurang dari 17 tahun

  • Telah menamatkan dan lulus pengajian Islam secara formal peringkat menengah di institusi pengajian agama seperti madrasah masjid, persatuan Islam atau agensi swasta.

  • Lembaga Pengurusan berhak mengadakan sesi interviu untuk pemohon pemohon tertentu dan keputusannya adalah muktamad.

​

Pengajian Secara Odit:

  • Berusia tidak kurang dari 17 tahun. 

  • Lembaga Pengurusan boleh melakukan interviu terhadap calon-calon tertentu dan keputusannya adalah muktamad.

​​​​

Kehadiran Modul :

  • Pelajar perlu menghadiri sekurang-kurangnya 60% dari waktu pengajian setiap modul.

  • Pelajar yang kehadirannya kurang dari 60% tidak layak untuk menduduki peperiksaan 

  • Pelajar yang kehadirannya 60% dan ke bawah dilarang menduduki peperiksaan dan perlu mengulangi modul tersebut serta pembayaran yuran yang baru.

  • Pelajar tidak dibenarkan menuntut yuran untuk modul yang tidak dihadiri.

  • Pelajar yang ingin menangguhkan pengajian perlu menulis surat permohonan beserta alasan yang munasabah kepada jabatan pendidikan pos menengah.

  • Pelajar juga harus memohon agar pemotongan yuran melalui Giro dihentikan sewaktu penangguhan pengajian.

  • Jika pelajar gagal melakukan demikian pihak Cordova tidak akan bertanggungjawab atas pemotongan tersebut dan yuran yang telah dipotong tidak akan dikembalikan.

Tempoh dan Masa Pengajian

  • Diploma Pengajian Islam Cordova mengamalkan sistem 2 semester dalam tempoh 12 bulan.

  • Setiap semester mengambil masa 6 bulan dan dibahagikan kepada 2 penggal dengan 10 minggu pengajian dalam setiap penggal, diikuti dengan 2 minggu peperiksaan dan 1 minggu cuti setelah tamat penggal pertama.

  • Program ini dijalankan secara bermodul selama 4 tahun.

Semester 1

Penggal 1 : Jan - Mac

Pengajian

10 Minggu

Peperiksaan

Mac : 2 Minggu

Cuti

Mac : 1 Minggu

Penggal 2 : Apr - Jun

Pengajian

10 Minggu

Peperiksaan

Jun : 2 Minggu

Cuti

Jun : 1 Minggu

Semester 2

Penggal 3 : Jul -  Sep

Pengajian

10 Minggu

Peperiksaan

Sep : 2 Minggu

Cuti

Sep : 1 Minggu

Silibus Pengajian

Penggal 4 : Okt - Dis

Pengajian

10 Minggu

Peperiksaan

Dis : 2 Minggu

Cuti

Dis : 1 Minggu

  • Tasawwur Islam

  • Tafsir

  • Ulum Quran

  • Mustolah

  • Hadith

  • Aqidah

  • Usul Fiqh

  • Qawaidh Fiqh

  • Maqasid Syariah

  • Fiqh Munakahat

  • Fiqh Muamalat

  • Sejarah Tamadun Islam

  • Sejarah Pendidikan Islam

  • Metodologi Kajian

Penilaian & Sijil

Penilaian dijalankan secara berterusan dan di akhir setiap penggal. Tujuan penilaian berterusan ialah untuk membolehkan pelajar dan pensyarah menilai kebolehan dan pencapaian seseorang pelajar dari masa ke semasa supaya pelajar dan pensyarah dapat mengambil tindakan yang sewajarnya. 

Jalur Pengajian

Peserta yang berjaya menamatkan pengajian DPI berpeluang untuk meneruskan pengajian mereka ke program separuh masa seperti program Diploma Pengajian Islam Lanjutan DPIL atau program ijazah yang ditawarkan Al-Zuhri dengan kerjasama Universiti Ibn Kholdun. Untuk maklumat lanjut program Al-Zuhri sila ke lelaman www.zuhri.com.sg

Yuran

  • Yuran pendaftaran bagi kursus ini adalah sebanyak $62.00 dan dibayar sekali sahaja semasa pendaftaran. Manakala yuran bulanan adalah sebanyak $89.80 sebulan.

  • Yuran tidak termasuk buku dan nota tambahan.

bottom of page