top of page
46516424_2798357396856319_71668471804796

Kelas Bimbingan Prasekolah (KBPS)

KBPS menyediakan pengetahuan asas Islam untuk anak-anak di peringkat umur ini. Ia dijalankan seminggu sekali selama 2 jam suku setiap sesi untuk tempoh 2 tahun.

Matlamat Program

  • Mengenalkan huruf-huruf Al-Quran

  • Menghafal surah-surah pilihan

  • Memperkenalkan perkataan-perkataan Bahasa Arab yang mudah

  • Mengetahui dan memahami Asas Pendidikan Islam

  • Menghafal doa-doa harian dan menjadikannya amalan harian

Peringkat Umur

  • Kanak-kanak berusia 5-6 tahun

Tempoh Pengajian

  • 2 tahun

  • Seminggu sekali

  • 2 jam setiap sesi

Matapelajaran

  • Asas Pendidikan Islam (4 Jaluran)

  • Asas Bahasa Arab

  • Iqra’

  • Hafalan Surah

  • Doa-doa harian

E-Pendidikan

Andalus menyediakan wadah e-pendidikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran sesuai dengan era teknologi.

 

Ia membolehkan pelajar membaca teks dan membuat tugasan e-pendidikan di mana-mana pada masa yang sesuai. Ibu bapa juga dapat melakukan aktiviti ini bersama.

Yuran

  • Yuran pendaftaran bagi kursus ini adalah sebanyak $20.00 dan dibayar sekali sahaja semasa pendaftaran. Manakala yuran bulanan adalah sebanyak $51 sebulan.

  • Yuran tidak termasuk buku dan nota tambahan. 

bottom of page