Kelas Bimbingan Nurseri (KBN)

Program ini disusun agar para pelajar membuat persiapan untuk memasuki program Kelas Bimbingan Prasekolah (KBPS). Kurikulum yang disediakan untuk mereka ringan dan mudah agar mereka dapat berjinak-jinak dengan ajaran Islam dan menerapkan minat serta cinta pada agama Islam.

Matlamat Program

  • Mempertingkatkan kemahiran menulis

  • Mengenal huruf–huruf Al-Quran

  • ​Menghafal doa-doa harian dan menjadikannya amalan harian

  • Menghafal surah-surah pilihan

  • Mengetahui asas Bahasa Arab

Peringkat Umur

  • Kanak-kanak berusia 5-6 tahun

Tempoh Pengajian

  • Seminggu sekali

  • 2 jam 15 minit bagi setiap sesi

Matapelajaran

  • Asas Pendidikan Islam (4 Jaluran)

  • Asas Bahasa Arab

  • Iqra’

  • Surah Pilihan

  • Doa-doa harian

Yuran

  • Yuran pendaftaran bagi kursus ini adalah sebanyak $12.00 dan dibayar sekali sahaja semasa pendaftaran. Manakala yuran bulanan adalah sebanyak $50.00 sebulan.

  • Yuran tidak termasuk buku dan nota tambahan.