Diploma Pengajian Islam Online
Diploma Program Diploma Pengajian Islam Cordova Online (DPICO) adalah pengajian Islam separuh masa yang dijalankan menerusi wadah online bagi peringkat diploma yang merangkumi pelbagai disiplin ilmu-ilmu teras agama.
​Program DPICO ini juga diadakan bagi mereka yang tidak berpeluang untuk ikuti pengajian secara fizikal di cawangan.
Matlamat Program
DPICO bertujuan memberi peluang kepada lulusan program Kelas Bimbingan Menengah Tahun 4 atau program Pra Diploma di Cordova, Andalus lain-lain institusi pengajian untuk melanjutkan pengajian Islam (bukan sepenuh masa) ke peringkat yang lebih tinggi iaitu peringkat Diploma.
Dengan mengikuti program ini, mereka dapat mengetahui dan memahami secara mendalam tentang ajaran-ajaran agama Islam agar dapat mengamalkannya dalam kehidupan harian dan dapat meluaskan pemikiran kefahaman Islam sejajar dengan keperluan cabaran semasa.
Syarat Kemasukan
-
Berusia tidak kurang dari 17 tahun
-
Telah menamatkan dan lulus pengajian Islam secara formal peringkat menengah di institusi pengajian agama seperti madrasah masjid, persatuan Islam atau agensi swasta.
Pengajian Secara Odit:
-
Berusia tidak kurang dari 17 tahun.
-
Lembaga Pengurusan boleh melakukan interviu terhadap calon-calon tertentu dan keputusannya adalah muktamad.
​​​​
Musim Pengajian
Semester 1:
Penggal 1
Minggu Pengajian (Januari-Mac): 13 minggu
Minggu Peperiksaan (Mac): 2 Minggu
Minggu Cuti (Apr): 1 Minggu
Penggal 2
Minggu Pengajian (April-Jun): 13 minggu
Minggu Peperiksaan (Jun): 2 Minggu
Minggu Cuti (Jun): 1 Minggu
Semester 2:
Penggal 3
Minggu Pengajian (Julai-September): 13 minggu
Minggu Peperiksaan (September): 2 Minggu
Minggu Cuti (September): 1 Minggu
Penggal 4
Minggu Pengajian (Oktober-Disember): 13 minggu
Minggu Peperiksaan (Disember): 2 Minggu
Minggu Cuti (Disember): 1 Minggu
Sistem & Silibus Pengajian
Diploma Pengajian Islam Cordova Online mengamalkan sistem 2 semester dalam tempoh 12 bulan. Setiap semester mengambil masa 6 bulan dan dibahagikan kepada 2 penggal dengan 10 minggu pengajian dalam setiap penggal, diikuti dengan 2 minggu peperiksaan dan 1 minggu cuti setelah tamat penggal pertama. Program ini dijalankan secara bermodul selama 4 tahun.
-
Pengajian secara atas talian (asynchronous) .
-
Sesi kuliah (dalam kelas - synchronous) selama 2 jam setiap sesi.
-
Sesi persidangan web “web conference” (synchronous).
​
Aktiviti Pembelajaran & Penilaian
-
Tugasan (Open-Ended)
-
Kuiz
-
Forum
-
Webinar
-
Kajian Kes
-
Perbincangan
​
Jadual Sesi Perkuliahan
-
Hari: Sabtu
-
Masa:11.00 pagi – 1.00 petang
​​
Perincian Program
Matapelajar pengajian dikategorikan kepada modul wajib dan modul elektif sebagaimana berikut:
​
a) Senarai Modul Wajib :​
Kod
Modul Wajib
WD1013
WD1023
WD2013
WD2023
WD2033
WD2043
WD3013
WD4013
WD4023
WD4033
WD4043
WD4053
WD4063
WD4073
WD5013
b) Senarai modul elektif:
Kod
Modul Elektif
EL4073
EL6023
EL8023
EL1238
EL1239
Penilaian & Penganugerahan Sijil
Penilaian dijalankan secara berterusan dan di akhir setiap penggal. Tujuan penilaian berterusan ialah untuk membolehkan pelajar dan pensyarah menilai kebolehan dan pencapaian seseorang pelajar dari masa ke semasa supaya pelajar dan pensyarah dapat mengambil tindakan yang sewajarnya.
DPICO akan dianugerahkan sijil dengan peringkat-peringkat kelayakan yang berdasarkan kepada Purata Timbunan Mata Nilaian Gred yang terkumpul setelah keseluruhan modul diselesaikan.
Jalur Pengajian
Peserta yang berjaya menamatkan pengajian Diploma Pengajian Islam Cordova Online (DPICO) berpeluang untuk meneruskan pengajian mereka ke program separuh masa di peringkat diploma lanjutan atau sarjana muda seperti Diploma Pengajian Islam Lanjutan DPIL Andalus atau program ijazah yang ditawarkan Al-Zuhri dengan kerjasama Universiti Ibn Kholdun (SMPI).
Yuran
Yuran pendaftaran bagi kursus ini adalah sebanyak $62.00 sahaja yang perlu dibayar sekali sahaja semasa pendaftaran. Manakala yuran bulanan adalah sebanyak $69.40 sebulan (dibayar melalui giro).
​
Yuran tidak termasuk buku dan nota tambahan.
​
Untuk mendaftar, hubungi +65 85413650,