WhatsApp Image 2020-09-01 at 14.05.52_0-

Diploma Pengajian Islam Online

Diploma Program Diploma Pengajian Islam Cordova Online (DPICO) adalah pengajian Islam separuh masa yang dijalankan menerusi wadah online bagi peringkat diploma yang merangkumi pelbagai disiplin ilmu-ilmu teras agama.
 
​Program DPICO ini juga diadakan bagi mereka yang tidak berpeluang untuk ikuti pengajian secara fizikal di cawangan.

Matlamat Program

DPICO  bertujuan memberi peluang kepada lulusan program Kelas Bimbingan Menengah Tahun 4 atau program Pra Diploma di Cordova, Andalus lain-lain institusi pengajian untuk melanjutkan pengajian Islam (bukan sepenuh masa)  ke peringkat yang lebih tinggi iaitu peringkat Diploma.

 

Dengan mengikuti program ini, mereka dapat mengetahui dan memahami secara mendalam tentang ajaran-ajaran agama Islam agar dapat mengamalkannya dalam kehidupan harian dan dapat meluaskan pemikiran kefahaman Islam sejajar dengan keperluan cabaran semasa.

Syarat Kemasukan

  • Berusia tidak kurang dari 17 tahun

  • Telah menamatkan dan lulus pengajian Islam secara formal peringkat menengah di institusi pengajian agama seperti madrasah masjid, persatuan Islam atau agensi swasta.
     

Pengajian Secara Odit:

  • Berusia tidak kurang dari 17 tahun. 

  • Lembaga Pengurusan boleh melakukan interviu terhadap calon-calon tertentu dan keputusannya adalah muktamad.

​​

Musim Pengajian

Semester 1:  

 

Penggal 1  

Minggu Pengajian (Januari-Mac): 13 minggu  

Minggu Peperiksaan (Mac): 2 Minggu   

Minggu Cuti (Apr): 1 Minggu  

 

Penggal 2  

Minggu Pengajian (April-Jun): 13 minggu  

Minggu Peperiksaan (Jun): 2 Minggu   

Minggu Cuti (Jun): 1 Minggu  

 

Semester 2:  

 

Penggal 3  

Minggu Pengajian (Julai-September): 13 minggu  

Minggu Peperiksaan (September): 2 Minggu   

Minggu Cuti (September): 1 Minggu  

 

Penggal 4  

Minggu Pengajian (Oktober-Disember): 13 minggu  

Minggu Peperiksaan (Disember): 2 Minggu   

Minggu Cuti (Disember): 1 Minggu  

Sistem & Silibus Pengajian

Diploma Pengajian Islam Cordova Online mengamalkan sistem 2 semester dalam tempoh 12 bulan. Setiap semester mengambil masa 6 bulan dan dibahagikan kepada 2 penggal dengan 10 minggu pengajian dalam setiap penggal, diikuti dengan 2 minggu peperiksaan dan 1 minggu cuti setelah tamat penggal pertama.  Program ini dijalankan secara bermodul selama 4 tahun. 

 

  • Pengajian secara atas talian (asynchronous) .

  • Sesi kuliah (dalam kelas - synchronous) selama 2 jam setiap sesi.

  • Sesi persidangan web “web conference” (synchronous). 

Aktiviti Pembelajaran & Penilaian

  • Tugasan (Open-Ended)

  • Kuiz

  • Forum

  • Webinar

  • Kajian Kes

  • Perbincangan

Jadual Sesi Perkuliahan

  • Hari: Sabtu

  • Masa:11.00 pagi – 1.00 petang

Perincian Program

Matapelajar pengajian dikategorikan kepada modul wajib dan modul elektif sebagaimana berikut:

a) Senarai Modul Wajib :​

Kod
Modul Wajib

WD1013

WD1023

WD2013

b) Senarai modul elektif: 

EL1238

EL1239

Penilaian & Penganugerahan Sijil

Penilaian dijalankan secara berterusan dan di akhir setiap penggal. Tujuan penilaian berterusan ialah untuk membolehkan pelajar dan pensyarah menilai kebolehan dan pencapaian seseorang pelajar dari masa ke semasa supaya pelajar dan pensyarah dapat mengambil tindakan yang sewajarnya.

 

DPICO akan dianugerahkan sijil dengan peringkat-peringkat kelayakan yang berdasarkan kepada Purata Timbunan Mata Nilaian Gred yang terkumpul setelah keseluruhan modul diselesaikan.

Jalur Pengajian

Peserta yang berjaya menamatkan pengajian Diploma Pengajian Islam Cordova Online (DPICO) berpeluang untuk meneruskan pengajian mereka ke program separuh masa di peringkat diploma lanjutan atau sarjana muda seperti Diploma Pengajian Islam Lanjutan DPIL Andalus atau program ijazah yang ditawarkan Al-Zuhri dengan kerjasama Universiti Ibn Kholdun (SMPI).

Yuran

Yuran pendaftaran bagi kursus ini adalah sebanyak $54.00 sahaja yang perlu dibayar sekali sahaja semasa pendaftaran. Manakala yuran bulanan adalah sebanyak $68.00 sebulan (dibayar melalui giro).

Yuran tidak termasuk buku dan nota tambahan.

Untuk mendaftar, hubungi +65 85413650,