| PROGRAM IQRA’ SEPADU (PIS) |
|
Program Iqra’ sepadu memberi peluang untuk anak-anak belajar huruf-huruf, perkataan dan ayat-ayat Al-Quran secara sistematik dan bertahap.
|
| Matlamat Program |
|
• Dapat melahirkan pelajar yang dapat membaca Al-Quran dengan baik • Supaya pelajar suka, cinta dan sayang dengan pembelajaran Al-Quran • Supaya pelajar memahami isi kandungan surah-surah yang dibaca (surah-surah tertentu) • Dapat menulis huruf-huruf hijaiyah (tunggal / sambung) dengan baik. • Dapat mendirikan solat dengan baik dalam kehidupan seharian. • Dapat mengamalkan doa-doa harian dalam kehidupan seharian. |
| Peringkat Umur |
• Pelajar berumur 4 hingga 18 tahun |
| Tempoh Pengajian |
• Dua minggu sekali • 1 jam 30 minit setiap sesi |
| Matapelajaran |
1. Bacaan Iqra’ 2. Surah 3. Doa 4. Praktikal Wudhu’ & Solat |
|
| PROGRAM IQRA’ TAMBAHAN (PIT) |
|
Diadakan 1 atau 2 kali seminggu selama 1 jam 30 minit setiap sesi (antara Isnin-Khamis). Penumpuan hanya pada pembacaan Iqra’ atau Al-Quran.
|
| Matlamat Program |
|
• Meningkatkan kemahiran membaca Al-Quran dengan bertajwid • Menjadikan Al-Quran sebagai budaya hidup mereka |
| Peringkat Umur |
• Pelajar berumur 4 hingga 18 tahun • Pelajar Mingguan |
| Tempoh Pengajian |
• Seminggu sekali (Isnin – Khamis) • 1 jam setiap sesi |
PIT adalah percuma bagi para pelajar mingguan. |
|
| TAHFIZ AL-HIFFZ BIL FAHMI (Kanak-kanak) |
|
Program ini sesusai untuk kanak-kanak berusia 6-12 tahun dalam 2 kategori umur iaitu 6-8 tahun dan 9-12 tahun.
|
|
Ia memperkenalkan sistem hafalan al-Quran beserta kefahaman melalui cerita-cerita dan pengajaran yang terkandung di dalamnya.
|
|
Teknik dan kaedah hafalan yang digunakan dinamakan kaedah Sistematik Al-Huffaz.
|
|
Dalam tempoh 2 tahun, para peserta dijadualkan tamat menghafal keseluruhan Juz Amma (Juz 30) beserta kefahaman.
|
|
Kelas adalah seminggu sekali selama 2 jam untuk setiap pertemuan di cawangan Pasir Ris dan Hougang.
|